Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor. Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.

Di Pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu Air Terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Program Celik It Dan Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 8 April 2018

Program Celik It dan Klik dengan Bijak. Murid-murid didedahkan pengetahuan berkaitan bahaya ketagih gajet dalam kalangan kanak-kanak. Murid-murid juga diajar melukis dan mewarna menggunakan aplikasi paint. Pihak PI1M memberikan hadiah kepada semua peserta yang berjaya melukis dan mewarna dengan kemas... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cempaka 2018

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Bertujuan penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran dan penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama staff Pi1M dan dapat bekerjasama dalam sesuatu program... baca selanjutnya

Program Chef Cilik

Aktiviti Terkini | 1 Mac 2018

Program chef cilik anjuran bersama tisha’s food usahwan pi1m pekan nanas. Murid-murid diajar memasak menu sarapan ringkas dengan menggunakan produk pratha tisha’s food – produk yang diajar ialah pizza tisha’s dan pocket coklat. Setiap murid... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)

Aktiviti Terkini | 4 & 10 Januari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya